Monday, 26 December 2011

Trendline dan kaitannya dengan support dan resistance, fibonacci. Pelbagai variasi bagaimana trendline di lukis. Yang paling popular ialah variasi demark yang juga dipromoasikan secara meluas oleh Moutaki dengan breakout strateginya dalam buku Thomas Demark iaitu The New Science of Technical Analysis atau DeMark Indicators(Bloomberg Market Essentials: Technical Analysis). Thomas telah berjaya mengubah trendline ini dengan lebih kemas dan berobjektif. Mengikut pendapatnya trendline ini dilukis dengan cara mengetahui Suppy dan Demand. Dengan menghubungkan 2 point dari kanan ke kiri.
Walau bagaimanapun Moutaki hanya membenarkan fungsi trendline lebih kepada breakout trading sahaja. Sebenarnya trendline juga berfungsi sebagai support resistance, RBS / SBR iaitu breakout atau bounce.Cuba lihat gambarajah di bawah.Name:  trendlinepatern.JPG
Views: 126
Size:  13.2 KBBulatan merah pertama merupakan kawasan breakout setelah berjaya menembusi TL, manakala bulatan merah yg kedua merupakan area bounce yg menyerupai peranan RBS !!
Seperti yang dinyatakan pada awal tadi, TL ini membenarkan fungsinya lebih kepada “breakout strategy”. Beliau telah meletakkan sesuatu yg lebih objektif berdasarkan TL ini, kita mampu membuat pengiraan berapa banyak pips yg akan bergerak selepas berlakunya sesuatu breakout. Syarat UTAMA ialah harga yg dibuka selepas breakout MESTILAH berada DI ATAS / DI BAWAH trendline tersebut dan hanya VALID berlaku di Time Frame 4 jam.
Kita perhatikan contoh di bawah bagaimana pengiraan dibuat dengan menggunakan trendline ini sebagai sasaran pergerakan pips berikutnya selepas berlaku breakout.Name:  trendlinepatern1.JPG
Views: 124
Size:  13.5 KBDapatkan harga tertinggi dan terendah yg diperolehi - 2 garisan putus.
Pengiraannya adalah seperti berikut :
Harga pertemuan TL dan garisan menegak : 131.25 - Harga paling bawah : 129.25 = 002.00
Ini bermakna perbezaan yg terdapat ialah sebanyak 200pips. SUNGUH MUDAH DAN TEPAT.


info from : abdulhalim2274 cg